Tentang SARM Enterprise



SARM Enterprise merupakan salah satu perniagaan yang menjual pelbagai jenis tudung plain yang bersesuian dengan semua golongan iaitu golongan remaja, dewasa, serta orang yang meningkat usia kerana perniagaan ini menjual pelbagai jenis pilihan dan corak yang dapat menarik minat pelanggan. Selain itu, SARM Enterprise ini menyediakan harga yang berpatutan dan berkualiti tinggi dan mampu dibeli oleh semua golongan.

Nama “SARM” Enterprise sebagai nama perniagaan kerana nama ini dipersetujui oleh semua rakan kongsi iaitu berdasarkan gabungan nama Syazzanna, Alia, Rosma,dan Malisa. Sasaran utama perniagaan ini adalah untuk menjadi salah satu perniagaan produk tudung yang terkenal khususnya dikalangan masyarakat melayu. Kini produk ini  boleh dibeli secara online iaitu “SARM Enterprise” bagi memudahkan para pelanggan untuk melihat dan meninjau fesyen-fesyen tudung terbaru dan dapat menjimatkan masa dan tenaga.


Selain itu, moto untuk perniagaan kami adalah “SELESA, SIMPLE dan MENARIK” dengan penampilan yang digayakan sesuaidengan kualiti dan rekaan terkini yang dipamerkan untuk menyerlahkan keanggunan pemakai.Kebanyakkan produk kami diambil daripada pembekal terkemuka seperti ABEL Online Shop yang mempunyai hubungan rakan kongsi perniagaan yang sudah terjalin sejak dari mula lagi.